Rencah HidupUncategorized

Lelaki ini rai kemenangan Liverpool di kubur ayah

SEORANG pengguna Twitter memuat naik sekeping gambar yang memaparkan dua lelaki membawa membawa jersi Liverpool di kubur ayah mereka.

Menerusi status Hafriz Iqbal itu, kedua-dua lelaki itu dikatakan melawat kubur arwah ayah mereka untuk meraikan kemenangan Liverpool.

Ciapan itu mendapat komen yang pelbagai daripada segi emosi oleh pengguna Twitter yang lain.

Ada yang berpendapat perbuatan itu seperti tidak menghormati kawasan perkuburan tetapi ada juga yang merasa hiba dengan apa yang dilakukan lelaki tersebut.

liverpool
Gambar dari Twitter Hafriz Iqbal.

Bagaimanapun, lelaki itu sempat membalas komen di Twitternya dengan memberitahu semua supaya bertenang dan tidak memberi sebarang tafsiran negatif terhadap gambar tersebut.

“Saya pasti mereka tidak menyanyi ole ole di kawasan perkuburan itu. Sebaliknya itu hanya ziarah biasa pada hari Jumaat untuk membaca Yasin,” katanya.

Menerusi gambar tersebut, arwah ayah kepada lelaki itu mungkin adalah seorang penyokong tegar pasukan Liverpool.

BACA> Gerrard ucap tahniah, Klopp hilang kata-kata

Penyokong pasukan Liverpool hari ini gembira dengan kemenangan pasukan mereka selepas berjaya menamatkan kemarau 30 tahun untuk bergelar juara liga.

Perasaan gembira itu bukan sahaja diraikan oleh penyokong, tetapi juga bagi bekas pemain Liverpool, Steven Gerrard.

Gerrard menerusi akaun Instagramnya menyifatkan bekas pasukannya sebagai fantastik dan cukup layak menjuarai liga.

BACA> Liverpool juara Liga Inggeris

“Tahniah kepada Liverpool atas kemenangan.

“Ia adalah sebuah pencapaian yang menakjubkan daripada pasukan fantastik serta dibintangi pemain hebat bertaraf dunia,” katanya. -SM

(Visited 360 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button