fbpx
Sukan

Gerrard ucap tahniah, Klopp hilang kata-kata

LAGENDA Liverpool, Steven Gerrad ucap tahniah manakala pengurus, Jurgen Klopp pula hilang kata-kata di atas pencapaian Liverpool.

Bagi penyokong pasukan Liverpool terutamanya di Malaysia, semestinya pagi ini menjadi hari yang paling gembira selepas pasukan mereka berjaya menjuarai Liga Inggeris.

Kejayaan itu sesuatu yang bermakna kerana mereka berjaya menamatkan kemarau 30 tahun menjulang takhta kejuaraan liga.

Liverpool juga adalah pasukan pertama yang berjaya meraih juara liga dan kini empat lagi liga iaitu Leauge1 (Perancis), Bundesliga (German), Serie A (Italy) dan La Liga (Sepanyol) masih lagi belum diketahui juaranya.

Kemenangan Liverpool juga mendapat reaksi pelbagai peminat termasuk pemain lagenda pasukan itu sendiri, Steven Gerrard.


Liverpool

Gerrard menerusi akaun Instagramnya menyifatkan bekas pasukannya sebagai fantastik dan cukup layak menjuarai liga.

“Tahniah kepada Liverpool atas kemenangan.

“Ia adalah sebuah pencapaian yang menakjubkan daripada pasukan fantastik serta dibintangi pemain hebat bertaraf dunia.

BACA> Liverpool juara Liga Inggeris

“Apatah lagi dibimbing oleh pengurus bertaraf dunia. Ini adalah penantian selama 30 tahun dan marilah kita raikan bersama-sama,” katanya di akaun Instagramnya.

Sementara itu, pengurus pasukan Liverpool, Jurgen Klopp mengakui hilang kata-kata selepas pasukannya sah menjadi juara liga.

Liverpool

Jelasnya, menjadi juara bersama kelabnya adalah sesuatu yang sukar dipercayai dan tidak pernah difikirkannya.

“Ini detik yang sangat bermakna. Semua staf kejurulatihan sangat berbangga dengan pencapaian ini.

“Bersama Liverpool adalah satu perjalanan yang sangat menarik dari hari pertama saya berada di sini. Syukurlah ianya masih belum berakhir.

BACA> Poster tulisan Cina: Pembangkang kehabisan modal politik, kata Hang Soon

“Kita akan cuba untuk bermain dan menjadi juara liga selepas ini tetapi buat masa ini, biarlah kami raikan kemenangan yang tidak pernah saya mimpikan sebelum ini,” jelasnya seperti dilaporkan Sportskeeda. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button