Politik

Poster tulisan Cina: Pembangkang kehabisan modal politik, kata Hang Soon

POSTER bertulisan Cina berkaitan perayaan Duan Wu yang dikongsi di Facebook peribadi Timbalan Menteri Pendidikan Dr. Mah Hang Soon tidak harus jadi isu perkauman.

Hang Soon berkata, poster yang mengunakan logo Kementerian Pendidikan itu dikongsi di halaman FB peribadi beliau telah disunting dengan sewajarnya.

“Saya telah mengatakan bahawa page ini adalah page rasmi saya. Walaupun saya tersilap letak logo kementerian dan telah edit sewajarnya ianya tidak sepatut digoreng oleh pihak sana untuk menimbulkan isu perkauman.

“Kalau pihak belah sana ingin bermain politik, rujuklah kepada page rasmi. Ramai pembaca dia tidak tahu kewujudan page ini,” jelas Hang Soon.

Beberapa pihak dari pembangkang mendakwa sekiranya psoter bertulisan Cina seperti yang dikongsi oleh Hang Soon menggunakan logo kementerian itu dibuat oleh pemimpin DAP pastinya akan diserang di media sosial.

Namun kerana ia dilakukan oleh pemimpin MCA maka perbuatan tersebut dimaafkan dan tidak menjadi isu di media sosial.

“Pentadbir Saya Sayangi Tun Dr Mahathir telah buat posting menggunakan keratan gambar page saya mengatakan sudah boleh guna bahasa Cina untuk Kementerian.

“Saya berasa bahawa pihak sebelah sana telah kehabisan modal politik untuk menyerang pihak kerajaan,” kata Hang Soon.

Beliau menegaskan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan merupakan bahasa rasmi untuk urusan Kementerian Pendidikan.

Poster tersebut memaparkan perayaan Duan Wu di mana kaum Cina menyambutnya dengan makan dumpling dan melakukan pertandingan perahu naga.

“Perayaan ini adalah untuk mengingati seorang pegawai kerajaan di negara Chu pada zaman perang ribuan tahun lalu yang bernama Qu Yuan. Beliau seorang yang taat akan kepada negaranya Chu, yang telah dimusnahkam oleh Negara Qin.

“Duan Wu mengingati kami semua untuk memberikan taat akan kepada tanah air kita iaitu negara Malaysia tercinta!” kata Hang Soon.

Sebelum ini beberapa pemimpin DAP ketika menjadi anggota Kabinet Kerajaan Persekutuan teruk dikritik oleh diserang oleh warganet apabila menggunakan bahasa dan tulisan Cina pada Facebook rasmi kementerian.

Tindakan menggunakan tulisan Cina pada media sosial rasmi kementerian dan kerajaan dianggap tidak wajar dan menghina kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara.-SM

 

(Visited 294 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button