Nasional

Tiga pembangkang anggotai jawatankuasa penilai darurat

Menteri Jabatan Perdana Menteri meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tiga calon pembangkang untuk jawatankuasa bebas mengesyorkan kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal.

“Ya, YB (Datuk Takiyuddin Hassan) telah menghantar surat awal petang hari ini kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Menteri telah meminta pembangkang menyerahkan tiga calon untuk mewakili pembangkang Jawatankuasa Bebas,” kata lapor Malaysiakini memetik satu sumber.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan perkara berkenaan pada kenyataan.

“Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos, 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

“Al-Sultan Abdullah turut berkenan terhadap cadangan kerajaan bagi pembentukan satu jawatankuasa bebas yang akan dianggotai oleh ahli-ahli parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait.

“Jawatankuasa bebas ini akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal,” kata kenyataan itu.

Malaysiakini turut memetik Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Saifuddin Nasution mengesahkan penerimaan surat tersebut.

“Ya, saya telah menerima panggilan daripada Takiyuddin berhubung perkara tersebut.

“Saya juga menerima surat tersebut bagi pihak ketua pembangkang,” katanya.

Menurut Saifuddin beliau turut bertanya Takiyuddin berhubung terma dan rujukan jawatankuasa bebas tersebut.

“Ini kerana jumlah ahli parlimen kerajaan dan pembangkang sama. Bahkan dengan perkembangan mutakhir ini mungkin pembangkang yang lebih,” katanya.

(Visited 727 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button