BeritaJenayah

Polis sahkan kematian adik Zyn Rayyan dibunuh

Kematian kanak-kanak autistikZyn Rayyan Abdul Matiin yang ditemukan malam tadi di sebuah anak sungai berhampiran Apartmen Idaman, Damansara Damai disahkan dibunuh.

Menurut ketua polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan punca kematian kanak-kanak enam tahun itu terdapat unsur jenayah pada tubuh badan mangsa.

Adik Zyn hilang sejak Rabu lalu

Katanya, hasil bedah siasat menemui kesan kecederaan pada leher dan badan mangsa.

‘’Terdapat kesan kecederaan pada leher dan badan mangsa, Kes kini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan’’. Katanya.

Dalam kejadian pada pukul 10 mayat kanak-kanak itu dijumpai dalam keadaan mengiring di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari kediamannya.

Terdahulu, Zayn dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai.

Kehilangan Zayn itu mula disedari ibunya ketika menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga apartmen berkenaan.

Zayn kemudiannya ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa orang sekumpulan penduduk kawasan yang giat melakukan operasi pencarian.

Artikle Berkaitan :>

Adik Zyn ditemukan oleh penduduk tempatan

(Visited 634 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button