Berita

Adik Zyn ditemukan oleh penduduk tempatan

Penemuan mayat adik Zyn Rayyan Abdul Matin di anak sungai berdekatan Apartmen Idaman telah menyayat hati orang ramai.

Kanak-kanak Autism yang berusia enam tahun itu ditemukan oleh sekumpulan penduduk kawasan sekitar yang sedang menjalankan operasi mencari Zayn.

Mayat adik Zyn ditemukan di anak sungai berhampiran rumah

Individu yang menjumpai mayat Zyn iaitu Faizol Najib mendedahkan bahawa sama sekali tidak menyangka akan menemukan jasad Zayn dalam keadaan tidak bernyawa.

Menurut Faizol, dia hanya mengikut gerak hatinya untuk mencari di sekitar anak sungai tersebut meskipun kawasan itu sudah digeledah Unit Anjing Pengesan (K9).

‘’Keadaan kawasan sekitar amat gelap, ketika saya suluh di sungai saya melihat sekujur tubuh dalam keadaan mengiring, dan bersama empat lagi penduduk, kami memeriksa keadaannya.

Adik Zyn hilang sejak Rabu lalu

‘’Sayu hati saya apabila disahkan kanak-kanak yang ditemui itu adalah Zayn Rayyan, saya lihat dia lengkap berpakaian dengan lencana sekolah seperti ditularkan.

‘’Saya terus menghubungi rakan-rakan lain dan memaklumkan kepada polis yang sedang melakukan pencarian rumah ke rumah.

‘’Mungkin Allah makbulkan doa semua jemaah, dan menggerakkan hati saya untuk mencari di kawasan terbabit”. Katanya.

Terdahulu, Zayn dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran kawasan Apartment Idaman Damansara Damai.

Kehilangannya mula disedari oleh ibunya yang tingal di apartment tingkat tiga.

Artikle Berkaitan :>

Home

Kanak-kanak autisme maut tertinggal dalam van

(Visited 184 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button