JenayahNasionalNegeri

PGA tahan 12 warga asing, rampas pistol, peluru hidup

POLIS Gerakan Am (PGA) berjaya menahan 12 warga asing sekaligus merampas sepucuk senjata api dan 16 peluru hidup di kawasan semak berdekatan pos kawalan sempadan C32 di Chuping, Padang Besar.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, sekumpulan warga asing ini ditahan pada pukul 8 malam pada 10 Mei lalu pada Operasi Taring Wawasan Kedah/Perlis PGA Kompeni D Batalion 18 yang melibatkan seorang pegawai dan 11 anggota.

MOHD SHOKRI ABDULLAH

Katanya, ia melibatkan tujuh lelaki dewasa berumur 22 hingga 48 tahun, tiga perempuan dewasa berumur 27 hingga 47 tahun dan kanak-kanak perempuan berumur setahun dan sembilan tahun.

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui sarung pistol berwarna hitam, sepucuk pistol jenama Desert Eagle 9mm, satu kelopak peluru dan 16 butir peluru hidup 9mm di dalam sebuah beg sandang oleh salah seorang suspek lelaki yang berumur 22 tahun,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar di sini hari ini.

Katanya, turut dirampas pelbagai mata wang berjumlah RM649 iaitu mata wang Kyat Myanmar sebanyak 37,350 (RM79), Thailand Bhat sebanyak 4,240 (RM420) serta RM150.

Mohd Shokri berkata, hasil siasatan suspek mengaku masuk ke negara ini melalui Thailand ke Malaysia kerana ingin mencari pekerjaan di dengan membayar wang sejumlah RM3,000 setiap seorang kepada ejen,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman selama 14 hari bermula semalam.

Mohd Shokri menunjukkan gambar warga asing yang ditahan.

Mohd Shokri berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan enam sebatan.

Katanya, juga satu kes lagi disiasat mengikut Seksyen 8 (A) Akta Senjata Api 1960 yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 dan siasatan juga dilakukan di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63. – SM

BACA Dua warga asing didakwa terlibat dalam usaha culik kanak-kanak ditahan polis!

BACA JIM Perlis tahan van bawa 11 warga asing termasuk budak 10 tahun

(Visited 236 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button