Politik

Tun M tidak tinggalkan GTA secara mutlak

Saya dan rakan-rakan baru habis mengadakan mesyuarat Sekretariat Tanah Air bersama Tun Dr Mahathir Mohamad sebentar tadi.

Dalam mesyuarat tersebut Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberikan pencerahan kepada kami bahawa beliau tidak berhasrat meninggalkan GTA atau membubarkan GTA secara sepenuhnya.

Mengikut pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad buat masa ini GTA adalah ‘non functional’ kerana pendaftaran belum diluluskan lagi oleh Pendaftar Pertubuhan (Ros).

Dalam isu kelulusan pendaftaran oleh RoS Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa tidak mudah bagi pihak Pendaftar Pertubuhan untuk meluluskan pendaftaran GTA.

Memandangkan kepada situasi ini, Tun Dr Mahathir Mohamad ingin menumpukan sepenuh masa bersama Proklamasi Orang Melayu ke arah mendapatkan tandatangan dari orang-orang melayu di seluruh negara.

Dalam masa yang sama, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu berdiri sebagai orang melayu tanpa membabitkan diri secara memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik bagi menyatu-padukan semula orang-orang melayu di negara ini.

Gerakan Proklamasi Orang Melayu bergerak secara ‘non partisan’ serta tidak bermotifkan politik.

Motif utama Proklamasi Orang Melayu adalah untuk memperkasakan kembali kedudukan bangsa melayu dalam segenap sektor demi menjaminkan kesejahteraan masa depan orang-orang melayu.

Tetapi dalam masa yang sama keseluruhan orang-orang melayu hanya mahu menumpukan daya-usaha untuk memulihkan semula hala-tuju orang-orang melayu di samping menghormati hak-hak kaum lain di negara ini.

Kita amat menghormati perlembagaan negara dan tetap berpegang utuh pada agenda membangunkan sebuah negara berbilang kaum secara berkasih-sayang sesama keseluruhan bangsa-bangsa di negara kita.

Hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad juga mahu bina Malaysia Baharu yang progresif yang aman damai.

Agama-agama lain tetap dihormati oleh orang-orang melayu.

Unsur-unsur memprovokasi institusi DiRaja juga tidak akan diizinkan sama sekali oleh gerakan kami.

Insya-Allah, sekiranya GTA diluluskan di masa hadapan maka pada waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad akan memberi pencerahan penuh mengenai pembabitan serta hala-tuju yang bakal ditentukan pada waktu itu bersama GTA.

Buat masa ini apabila GTA belum lagi diluluskan dan bersifat ‘non functional’ maka lebih sesuai untuk Tun Dr Mahathir Mohamad menumpu secara sepenuhnya dalam gerakan Proklamasi Orang Melayu secara tidak berpartisan bagi memperbetulkan apa yang tidak betul di kalangan orang-orang melayu masakini.

Dalam ertikata yang lain, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bermaksud meninggalkan GTA secara mutlak dan akan bercakap semula mengenainya setelah pendaftaran diluluskan

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Sekretariat Tanah Air
12 Mei 2023

(Visited 440 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button