Politik

Pembangkang ada 108, PN 111 – Salahuddin

BEBERAPA jam lagi sebelum undian bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 berlangsung di Dewan Rakyat.

Ia adalah undian terakhir bagi Belanjawan 2021 selepas berjaya melepasi peringkat dasar dan peringkat jawatankuasa.

Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam hantaran terbaharu di Facebook berkata, blok pembangkang mempunyai 108 ahli Parlimen.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Pulai berkata, pihak kerajaan mempunyai 111 ahli Parlimen.

“Alhamdulillah, setakat ini kami di blok pembangkang ada 108. Kami bersatu teguh.

“Mereka di sebelah sana ada 111. Sesuatu yang mendebarkan untuk pengundian bacaan kali 3 belanjawan petang ini,” kata Salahuddin.

Semalam, Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) menegaskan akan menolak Belanjawan 2021 bagi bacaan kali ketiga selepas pengumuman dan penggulungan Belanjawan 2021 dilihat tidak memenuhi apa dipohon dan diharapkan Ahli Parlimen  dan rakyat.

Kerajaan juga berhadapan kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad (Bebas- Langkawi) yang jelas menyatakan akan menolak Belanjawan 2021.

Kumpulan Dr Mahathir termasuklah tiga lagi Ahli Parlimen dari parti Pejuang iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Bebas-Jerlun), Datuk Amiruddin Hamzah (Bebas-Kubang Pasu) dan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Bebas-Sri Gading).

Kerajaan juga kehilangan satu undi sokongan apabila Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) dalam sidang media bersama Dr Mahathir semalam mengisytiharkan tidak akan mengundi.

Dua Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi diluluskan dengan suara majoriti tanpa undian belah bahagi hari ini.-SM

 

 

 

(Visited 730 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button