Politik

Kluster binatang adalah kluster lompat parti, bukan mahkamah

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menyelar kata-kata biadap seorang Pemimpin Bersatu,  yang menggelar kluster mahkamah adalah kluster binatang, sebaliknya yang melompat-lompat partilah yang adalah ‘haiwan’ politik yang mengkhianati mandat dn undi rakyat.

Mereka, katanya, ibarat tiada maruah dan sanggup menjual undi rakyat demi ketamakan kuasa dan menyelamatkan diri daripada dikenakan tindakan mahkamah di atas salahlaku masing-masing.

“Lihat sahaja beberapa kes termasuklah pemimpin DAP yang dituduh merogol amah, Pemimpin PKR dituduh rasuah, salahguna dana J-KOM untuk kepentingan politik, kes video semburit ‘iras-iras’ pemimpin PN pun, sampai ke hari ini, masih tidak dapat disahkan klip video tersebut. Ini lebih hina daripada kluster mahkamah yang dianggap beliau sebagai ‘Kluster Binatang.’

“Mana-mana pemimpin UMNO yang telah disabitkan atau dituduh di mahkamah, banyak saya lihat, hanya sebagai tawanan politik untuk dijadikan peluru pada PRU akan datang, walhal PN lebih ramai kluster yang sepatutnya dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Kata beliau, dengan isu Covid-19 yang masih tidak selesai dan lebih membimbangkan, ekonomi negara yang terus merudum, para pelabur lari melabur ke negara lain kerana pengishtiharan darurat politik, beratus ribu rakyat dibuang kerja, rakyat yang semakin memberontak tidak mendapat bantuan, itu sepatutnya menjadi keutamaan pemimpin kerajaan sekarang.


“Jadi, jangan biadap dan jangan rasa kuasa politik itu boleh kekal selamanya. Lebih baik anda memikirkan isu rakyat dan ekonomi negara dan buka sidang parlimen segera agar rakyat dapat lihat samada kuat atau lemahnya kerajaan sekarang.

“Saya sarankan agar pemimpin PN muhasabah diri sendiri, cermin diri sendiri dan usah meludah kelangit, nanti berkahak muka sendiri dan utamakan masalah negara yang tidak mampu ditangani daripada sibuk memikirkan hal politik yang tidak berkesudahan,” katanya.

(Visited 73 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button