Nasionalpilihan

Lelaki cuba curi kabel TNB maut selepas terkena renjatan elektrik

SEORANG lelaki maut akibat kecederaan terkena renjatan elekrtik ketika cuba mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Batu Tiga, Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, kejadian berlaku semalam kira-kira pukul 2.47 petang.

“Pengadu, seorang jurutera TNB telah  telah mendapat panggilan dari Pusat Kawalan Bangsar bahawa terdapat putusan bekalan elektrik di pencawang masuk utama Batu Tiga, Shah Alam VCB 2.

“Pemeriksaan di lokasi mendapati pencawang elekrtik yang berada di dalam sebuah kilang di Batu 3, Shah alam telah diceroboh dan satu daripada alat suis telah dirosakkan oleh suspek, seorang lelaki berusia 46 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abd Khalid, ketika kejadian, juruteknik mendapati suspek masih hidup tetapi dalam keadaan melecur di hampir seluruh bahagian badan.

Jelasnya, suspek kemudian dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut namun meninggal dunia kira-kira pukul 8.55 malam pada hari sama.

“Pihak hospital telah mengesahkan suspek meninggal dunia semasa menerima rawatan disebabkan ‘second degree burn’ hampir 60% dan disahkan positif Covid-19,” katanya.

Ujarnya, siasatan awal mendapati suspek telah memotong pagar kilang dan masuk ke dalam dengan niat untuk mencuri kabel TNB namun gagal dan terkena renjatan elekrik.

Katanya, anggaran kerugian yang dialami kilang tersebut akibat fius dan kabel yang terbakar ialah sebanyak RM60,000.

Tambahnya, suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan dengan jenayah harta benda serta tujuh kes melibatkan dadah.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 453 Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 637 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button