Politik

Sokongan Pejuang penting untuk Proklamasi Melayu

SOKONGAN PEJUANG AMAT BERMAKNA PADA SEKRETARIAT PROKLAMASI ORANG MELAYU

Tindakan Majlis Pimpinan PEJUANG Negeri Kedah menandatangani borang Proklamasi Orang Melayu amat bermakna serta dialu-alukan oleh kami.

Parti PEJUANG Kedah yang diterajui oleh YB Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir menandatangani borang Proklamasi Orang Melayu di hadapan Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan satu petanda baik ke arah kami berganding bahu semula demi wadah perjuangan bagi memperkasakan semula orang-orang melayu di tanahair kita.

Sekretariat Orang Melayu amat gembira dengan majlis tersebut yang dianjurkan di Kubang Pasu, Kedah serta akan memanjangkan jemputan pada parti PEJUANG untuk menghantar wakil membarisi dalam jawatankuasa Sekretariat Proklamasi Orang Melayu.

Malahan, di peringkat awal penubuhan Sekretariat Orang Melayu Ketua Setiausaha Sekrerariat iaitu Datuk Wira Marzuki Yahya telah pun mengagihkan kuota untuk wakil parti PEJUANG bagi duduk sebaris dalam saf perjuangan ini.

Insya-Allah, Sekretariat Proklamasi Orang Melayu akan berhubung seterusnya berbincang dengan kepimpinan parti PEJUANG ke arah sama-sama berjuang untuk mencapai satu matlamat yang sama.

Jutaan terima kasih kepada YB Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir dengan seluruh kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri Kedah yang telah sudi menandatangani borang Proklamasi Orang Melayu secara ‘en bloc.’

Kita semua harus ‘buang yang keruh; ambil yang jernih’ demi wadah perjuangan masa depan orang-orang melayu.

Dalam apa jua situasi, pemimpin-pemimpin parti PEJUANG tetap dekat di hati kami.

Sesungguhnya, kami tidak pernah berbalah atas dasar peribadi ketika bersama parti PEJUANG dahulu tetapi pada ketika itu hanyalah perbedaan pendirian politik semata-mata.

Dalam politik kita boleh bekerjasama dan bergabung semula dalam pelbagai kaedah pada realitinya.

Ada kalanya, kita tidak perlu satu gabungan secara ‘direct’ tetapi ‘external collaboration’ juga akan memberi impak besar serta lebih efektif.

Kaedah penyatuan tidak penting tetapi keikhlasan kita untuk bergabung tenaga serta bersatu hati akan membuahkan hasil yang terbaik.

Secara peribadi juga, saya amat mengalu-alukan tindakan murni parti PEJUANG untuk menyokong gerakan Proklamasi Orang Melayu yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ikhlas dari,
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Sekretariat Proklamasi Orang Melayu
12 Mei 2023

Artikel berkaitan > Tun M tidak tinggalkan GTA secara mutlak

(Visited 379 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button