Politik

ANNUAR Setiausaha Agung BN baharu

AHLI Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang baharu.

Pelantikan beliau diputuskan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN hari ini dengan menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang kekal sebagai Bendahari.

[BACA] Kabinet Muhyiddin: Berbaloi untuk mereka yang lompat — Suara Merdeka
[BACA] MCA, MIC Kembali Dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan — Suara Merdeka

Pengerusi, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mesyuarat berkenaan turut memutuskan pelantikan Setiausaha Eksekutif yang baharu.

AHMAD ZAHID HAMIDI

“Datuk Sahfri Ab. Aziz menggantikan Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad sebagai Setiausaha Eksekutif BN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Annuar Musa dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain beliau, Ahmad Masrizal turut membarisi kabinet Muhyiddin sebagai Timbalan Menteri Alam Sekitar.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah bagi mencegah penularan wabak Coronavirus (Covid-19).

Menurut beliau, orang ramai dinasihat supaya mengikuti perkembangan semasa mengenai virus itu melalui sumber yang sahih daripada Kementerian Kesihatan.

[BACA] Covid-19: KKM bayang perintah berkurung dilaksana — Suara Merdeka
[BACA] Covid-19: 125 kes baharu dicatatkan hari ini — Suara Merdeka

“Paling penting, BN mengharapkan rakyat tidak panik dengan wabak ini. Tetapi, perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

“Juga dinasihatkan kepada seluruh rakyat Malaysia agar tidak mudah mempercayai berita-berita palsu yang semakin kerap ditularkan melalui internet,” ujarnya. – SM

(Visited 168 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button