Politik

Lim Guan Eng, jangan takutkan pengundi bukan Islam dengan isu 3R – Eryn Othman

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng tidak seharusnya menggunakan isu 3R untuk menakutkan orang bukan Islam terhadap pemimpin yang menjulang Perkara 3 (1).

Hal ini demikian kerana Perkara 3 (1) jelas menyatakan Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Sehubungan itu apabila Guan Eng menyentuh isu robohan kuil di Alor Setar, Kedah pada 2022 dan mengaitkan dengan ‘gelombang hijau’, ia jelas tidak beradab dan berunsur perkauman.

“Srikandi Muda Bersatu Malaysia menentang sekeras-kerasnya kenyataan tidak beradab dan berunsur perkauman yang dilontarkan oleh Guan Eng.

“Perlu diingatkan bahawa Pengerusi DAP tidak menggunakan isu 3R iaitu Agama, Bangsa & Raja dalam meniupkan api perkauman dan sentimen agama dalam berhujah yang bersifat hasutan serta menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap pimpinan parti-parti politik Islam,” kata Eryn.

Eryn berkata demikian dalam satu kenyataan selepas Guan Eng mengeluarkan kenyataan kononnya ‘gelombang hijau’ merujuk kepada parti yang dipimpin orang Islam dilihat bakal memusnahkan tokong-tokong yang ada.

Bagi Srikandi Muda Bersatu Malaysia, kenyataan tersebut amat keji dan terkutuk serta boleh mengancamkan ketenteraman awam dan keamanan negara.

“Saya mencadangkan agar Pengerusi DAP tersebut pergi membuat lawatan ke negeri-negeri yang di bawah pentadbiran pimpinan yang beragama Islam.

“Guan Eng perlu menilai sendiri keharmonian rakyat berbilang kaum misalnya di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu,” katanya dalam kenyataan itu.

Srikandi Muda Bersatu Malaysia dengan tegas menuntut permohonan maaf dari Guan Eng kerana dalam ucapannya, beliau secara terang telah menyentuh isu 3R.

“Srikandi Muda Bersatu Malaysia akan terus mendukung Perlembagaan Persekutuan dan Sistem Raja Berperlembagaan di negara ini,” ujar Eryn dalam kenyataan itu. – SM

(Visited 307 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button