Politik

PAU 2023: Selamat maju jaya 10 ahli UMNO

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat maju jaya kepada 10 ahli UMNO yang tidak hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2023  (PAU 2023) yang bermula 7 Jun sehingga 10 Jun ini.

Zahid berkata, beliau difahamkan 10 ahli yang tidak  hadir ke perhimpunan kali ini berhasrat untuk menyertai parti-parti lain.

SIDANG media Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada PAU 2023. – GAMBAR SM

“Saya dimaklumkan bahawa mereka berhasrat untuk menyertai parti-parti lain. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka,” katanya.

Zahid sempat mencuri masa menjenguk PAU 2023 hari ini walaupun beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri (TPM) sibuk dengan tugasan rasmi kerana Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berada di Malaysia dalam sesi lawantan Presiden negara ini.

Sementara itu, Zahid berkata, UMNO akan Menyusun gerak kerja bersama-sama rakan-rakan lain dan Kerajaan Perpaduan dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) yang membabitkan enam negeri.

Berhubung pembahagian kerusi calon-calon PRN, Zahid berkata, perlu tunggu perbubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijangka pada penghujung bulan ini.

“Soal kerusi, kemudianlah. Sekarang kita atur dulu gerak kerja dan setakat ini, gerakan yang diatur semakin bertambah kemas dan rancak,” ujar beliau.

Zahid sekali lagi mengingatkan semua ahli parti jangan terbuai dengan permainan daripada pihak yang tidak senang dengan Kerajaan Perpaduan  pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini.

“Hakitkanya kebersamaan di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah terbentuk dengan keserasian yang semakin bertambah,” katanya.

Beliau yakin BN/UMNO akan memenangi kerusi pada PRN kerana sudah bersedia dengan formula.

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikerumuni pengamal media usai sidang media yang diadakan pada PAU 2023, hari ini. – GAMBAR SM

Zahid berkata, pindaan keahlian UMNO selepas ini boleh didaftar secara dalam talian.

“Terdapat satu fasa permohonan keahlian boleh dibuat dalam talian. Apa yang akan dibentangkan dalam perhimpunan ini ialah untuk meminda fasa tersebut dan dijadikan peraturan.

“Dalam erti kata lain, Majis Tertinggi (MKT) mempunyai kuasa untuk meminda peraturan dan dalam masa yang sama, kita mudahkan,” katanya. – SM

BACA Biarlah Apa-Apa Pun Orang Nak Kata, Anuar Musa Tetap Setia Kepada UMNO

(Visited 449 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button