AgamaBeritaNasionalNegeriPendidikan

Dua sekolah menengah agama di Arau diberi kebenaran sementara Solat Jumaat

Sekolah Menengah (SM) Agama Almaad, Arau dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di Arau diberikan kebenaran sementara khas untuk menunaikan Solat Jumaat sehingga proses renovasi yang sedang dilaksanakan di Masjid Negeri Arau disiapkan.

Demikian diputuskan oleh Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bilangan Ke-5 bagi tahun 2022 yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada 22 September baru-baru ini.

Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan berangkat menyaksikan penyerahan Surat Kebenaran Menunaikan Solat Jumaat yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), Najmuddin Abdul Karim kepada Pengetua Sekolah, Idris Ahmad sebelum menunaikan solat jumaat di Musolla Al-Irfan, SM Agama Almaad di Bandar DiRaja Arau, petang semalam.

Pada masa yang sama, turut diserahkan Surat Kebenaran kepada Pengetua SMK Agama TMUA, Arpan Shaari yang diserahkan oleh Timbalan Yang DiPertua MAIPs, Dr. Hazman Hassan.

Turut diadakan sesi Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke-19 bagi tahun 2022 di mana Amil Kariah Arau 1, Masjid Negeri Arau, Abu Bakar Mahmud menerima RM11,600 daripada Tuanku Syed Faizuddin untuk diagihkan kepada 29 orang asnaf terpilih dalam kariah ini.

Setiap seorang asnaf menerima RM400.

Turut diadakan ceramah bertajuk ‘Pengurusan Sisa Pepejal’ dengan slogan ‘Perlis Hebat! Rakyat Hidup Bersih’ disampaikan oleh Pengarah SWCorp Perlis, Shamsuharizal Basir yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Selepas program tersebut Raja Muda berkenan berangkat menyantuni asnaf, Halim Lazim, 55 di Kampung Titi Besi, Arau.

Beliau seorang buruh tinggal bersama keluarga seramai tiga orang merupakan salah seorang
penerima Bantuan Sara Hidup Berkala MAIPs dan juga Bantuan Bencana MAIPs. – SM

(Visited 302 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button