Jenayah

Mayat warga emas mereput ditemukan di rumah pusaka

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 7 Mei – Mayat seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan mereput dan dipercayai sudah
meninggal dunia antara dua hingga empat minggu di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Hj Marip, Kampung
Londang, Masjid Tanah di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supretendan Arshad Abu berkata, mayat berkenaan ditemukan oleh penduduk
kampung kira-kira pukul 6.30 petang Khamis.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan daripada penduduk kampung, polis yang bergegas ke tempat kejadianmenemukan mayat tersebut di atas lantai dalam keadaan rumah yang berselerakan.

Keadaan rumah yang berselerakan sewaktu mayat ditemukan terbaring di atas lantai.

Beliau berkata, tiada sebarang dokumen pengenalan diri mangsa ditemukan ditempat kejadian.


“Hasil pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan dan senjata tajam ditemui.

“Siasatan awal mendapati rumah berkenaan merupakan rumah pusaka mangsa dan dikatakan dia telah tinggal
seorang diri di rumah berkenaan sejak Februari lalu.

“Sebelum ini mangsa tinggal di rumah anaknya di Seremban sebelum ditemukan telah meninggal dunia dan tiada
sesiapa menziarahi mangsa,” ujarnya di sini hari ini.

Arshad berkata, identiti mangsa telah disahkan oleh isterinya yang membuat pengecaman.

Menurutnya, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa dipercayai sudah meninggal dunia antara
dua hingga empat minggu.

“Keadaan mayat yang telah mereput dan penyebab kematian masih tidak dipastikan. Beberapa specimen si mati
akan dirujuk ke Jabatan Kimia untuk dianalisa,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun menolak sebarang unsur jenayah susulan pemeriksaan fizikal tidak menemui sebarang
kecederaan dan tiada senjata tajam ditemui.

“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil ujian kimia,” katanya.

 

(Visited 38 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button