Rencana

Ibadah Haji pernah ditutup sebanyak 40 kali

SEMALAM Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengajak semua umat Islam di negara ini untuk sama-sama berdoa agar COVID-19 yang melanda dunia, pulih sebelum musim haji akan datang.

COVID-19 diisytiharkan sebagai pendamik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan ia merupakan wabak yang menular di seluruh dunia.

Zulkifli berkata, buat masa ini, masih terlalu awal untuk menentukan status jemaah yang berpeluang ke Tanah Suci tahun ini.

Sementara itu laporan agensi antarabangsa pula meramalkan wabak berkenaan hanya akan pulih sepenuhnya pada Jun nanti.

Wabak berkenaan telah menular termasuk di negara kita sehinggakan Perlis semalam mengarahkan Solat Jumaat diganti dengan Solat Zuhur berikutan terdapat seorang penduduk negeri berkenaan yang menghadiri perhimpunan Tabligh di Kuala Lumpur telah dijangkiti penyakit tersebut.

Pada masa ini kerajaan Arab Saudi telah melarang ibadah umrah dan turut mempertimbangkan untuk menutup kepada ibadah haji jika COVID-19 belum dapat ditangani walaupun Hari Raya Haji adalah pada 31 Julai.

Catatan sejarah memperlihatkan penutupan ibadah haji pernah dilakukan. Pemerintah di Mekah dan Madinah menutup daripada ibadah haji sebanyak 40 kali.

Menurut data Jejak Imani Umrah & Islamic Tours, epidemik yang melanda tanah suci pernah terjadi. Beberapa di antaranya akibat wabak yang terjadi.

Ini terjadi kerana perhimpunan besar-besaran akan memudahkan lagi virus berkenaan menular.

Berikut beberapa tahun bersejarah di mana ibadah haji pernah ditutup dipetik instagram @jejakimani:

1. Qaramithah mencuri Hajar Aswad

Pimpinan Qaramithah salah satu ajaran syi’ah Islamiyah membunuh jemaah haji yang sedang beribadah dan mengambil batu hajar aswad. Batu mulia ini dikembalikan 22 tahun kemudian di daerah Hajr.

2. Pada tahun 983 terjadi perselisihan Bani Abad dan Bani Abid serta tahun 1257 penduduk Hijaz dilarang melaksanakan haji

 

3.  Wabak Taun dan Wabak Hindi

Akibat wabak Taun di wilayah Hijaz pada tahun 1814 ada sekitar 8,000 mangsa meninggal dunia serta tahun 1831 pada musim haji tahun ini terjadi wabak yang dipercaya berasal dari India akibatnya sekitar tiga perempat jemaah haji meninggal pada tahun itu.

4. Wabah epidemik tahun 1837 dan kolera tahun 1846

Pada tahun 1837 kaabah pernah ditutup hingga tiga tahun  akibat wabak yang terjadi serta pada 1846 wabak kolera telah tular dalam kalangan jemaah haji hingga ibadah ditiadakan dan berulang pada tahun 1850, 1865 dan 1883.

5. Epidemi kembali terjadi pada 1858 yang menyebabkan penduduk Hijaz tinggal sementara di Mesir

Epidemi Epidemik kembali terjadi pada 1858 yang menyebabkan penduduk Hijaz berpindah ke Mesir. Di tahun 1864, 1,000 jemaah meninggal dunia kerana wabak dan pasukan perubatan dari Mesir dihantar dan para jemaah dikuarantin.

6. Kematian kerana kolera tahun 1892

Pada tahun 1892 terdapat wabak kolera bertepatan pada musum haji di mana keadaan bertambah parah setiap harinya hingga mayat-mayat bertimbun. Kematian meningkat di Arafat dan mencapai puncaknya di Mina.

Tahun 1895 juga terjadi wabak typus, pendemik yang mirip dengan demam tifoid dalam kalangan jemaah yang datang dari Madinah.

7. Wabah Meningitis tahun 1987


Tahun 1987 terjadi wabak meningitis merebak sangat cepat, akibatnya 10,000  jemaah haji telah dijangkiti. – SM

(Visited 899 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button