Jenayah

Ingatkan menang kereta Toyota, rupanya kena rompak

Seorang lelaki warga emas berusia 76 tahun tidak menyangka hadiah berupa sebuah kereta Toyota rupanya sekadar helah hingga dia menjadi mangsa samun.

Kejadian berlaku pada 16 Jun lalu ketika mangsa sedang memasukkan barangan yang dibeli ke dalam keretanya di sebuah pasar raya di Petaling Jaya, Selangor.

Ketika itu, telah datang seorang lelaki yang mendakwa dia merupakan seorang Pengurus Bahagian Pertandingan di seluruh cawangan pasar raya tersebut.

Suspek memberitahu mangsa yang dia telah memenangi sebuah kereta Toyota dan hadiah boleh ditebus serta merta.

Mangsa yang terpedaya dengan suspek telah mengikutnya ke pusat pameran Toyota yang berada di Klang.
Ketika dalam perjalanan, suspek telah meminta mangsa menyerahkan kad bank, kad kredit dan lesen memandu untuk dibuat Salinan bagi tujuan penebusan hadiah.

Namun, setelah tiba di Kawasan parkir pusat pameran Toyota tersebut, suspek kemudian telah turun dan menghilangkan diri.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, mangsa telah kerugian sebanyak RM15,000 ekoran kejadian tersebut.

“Berdasarkan modus operandi sindiket ini, kita menyeru kepada semua masyarakat supaya tidak terpedaya dan segera memaklumkan kepada pihak berkuasa bagi mengekang jenayah ini daripada terus berleluasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -SM

(Visited 201 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button