JenayahNasional

Rogol gadis bawah umur, lelaki Myanmar ditahan

KETUA Polis Daerah Marang, Mohd Zain Mat Dris mengatakan bahawa seorang lelaki warga Myanmar ditahan selepas dipercayai merogol kekasihnya yang berusia 14 tahun.

Beliau berkata, suspek berusia 30 tahun ditahan di Marang, Terengganu pada pukul 2.10 petang semalam di sebuah rumah yang masih dalam pembinaan.

Menurut laporan Harian Metro, penahanan suspek dibuat susulan laporan daripada keluarga mangsa yang dibuat pada Ahad lalu.

Tambah Zain, mengikut hasil soal siasat awal, suspek mengaku merogol mangsa dan hasil pemeriksaan lanjut telefon bimbit suspek juga turut menemui beberapa gambar bogel yang dipercayai milik mangsa.

“Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau selain bebas daripada pengaruh dadah.


“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya. – SM

(Visited 225 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button