Hiburan

Kali terakhir berjumpa Tun Rahah ialah 13 tahun lalu – Fazley Yaakob

KAMI amat terkesan dengan pemergian nenda. Kali terakhir berjumpa pun pada 13 tahun yang lalu.

Hanya itu yang mampu diungkapkan oleh penyanyi, Datuk Fazley Yaakob ketika hadir memberi penghormatan terakhir buat Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah.

Untuk rekod, isteri kepada Fazley, Azrene Soraya Abdul Aziz merupakan cucu kepada Allahyarhamah.

“Kali terakhir berjumpa ialah pada 13 tahun yang lalu ketika saya berkahwin dengan Azrene.

“Pemergian Allahyarhamah Tun Rahah adalah satu kehilangan bukan sahaja buat keluarga kami, tetapi juga negara,” katanya.

Azrene merupakan anak kepada Datin Seri Rosmah Mansor. Fazley bersama isterinya kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Mengulas lanjut menurut Fazley, Allahyarhamah merupakan individu yang sangat kuat membesarkan keluarganya hinggakan setiap anaknya menjadi pemimpin. -SM

(Visited 658 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button