Hiburanpilihan

Noryn Aziz dan Kris Dayanti bergabung dalam konsert Duo Diva Live in Malaysia

KUALA LUMPUR: Dua bintang hebat Malaysia dan Indonesia, Noryn Aziz dan Kris Dayanti bakal bergabung dalam sebuah konsert tidak lama lagi.

Kris Dayanti & Noryn Aziz: Duo Diva Live in Malaysia menyaksikan diva tersohor Indonesia itu bekerjasama buat julung kalinya dengan bintang jazz dan R&B terkenal Malaysia.

“Konsert ini merupakan ‘customize concert’. Bagi kami, Kris Dayanti merupakan diva di Indonesia manakala Noryn Aziz pula diva kesayangan ramai di Malaysia.

“Kami percaya bahawa kolaborasi dua diva ini akan menggegarkan pentas dan pastinya ada kejutan yang bakal diberikan kepada para peminat mereka nanti,” kata Belvas Lee mewakili penganjur, ACO MEDIA dan Asia Momentum Media (AMM).


Dalam konsert ini, kedua-duanya bakal mempersembahkan rangkaian lagu hit mereka selain beberapa lagu duet.
Konsert Kris Dayanti & Noryn Aziz: Duo Diva Live in Malaysia akan berlangsung di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) pada 29 Oktober ini.

Tiket-tiket berharga dari RM288 hingga RM1,188 sudah boleh dibeli bermula hari ini di laman web www.ticket2u.com.my.

(Visited 64 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button