Politik

Jika Tun M merasakan UMNO mesti dikuburkan, bersainglah dalam gelanggang PRU

Shahril Hamdan bidas Tun Mahathir

KETUA Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersaing dalam gelanggang pilihan raya umum akan datang.

Cabaran itu dilontarkan terhadap Tun M oleh Shahril apabila Tun Mahathir dikatakan merasa bahawa parti UMNO itu mesti dikuburkan.

Dikutip baik bebenang dan kenyataan panjang Tun Mahathir mencemuh UMNO adalah mengecewakan tetapi tidak juga mengejutkan.

TUN Dr. Mahathir Mohamad

Ini kerana pendedahan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Tun Mahathir pernah memohon UMNO dibubarkan menyerlahkan tahap kebencian beliau bukan lagi terhadap mana-mana individu dalam UMNO.

Malahan kebencian itu juga dibaca disasarkan terhadap UMNO itu sendiri. Yakni terhadap akar umbi dan berjuta ahli yang tiada dosa terhadap Tun Mahathir.


“Jadi ini bukan lagi tentang mana-mana Presiden atau bekas Presiden atau mana-mana pemimpin UMNO.

“Sedangkan waktu Tun Mahathir berkuasa dan UMNO masih belum bangkit pada awal era Pakatan Harapan (PH), Tun Mahathir masih hendak usahakan agar UMNO itu hapus.

“Tetapi hasrat itu tidak kesampaian kerana istiqamah pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO,” ujar Shahril.

Shahril berkata, “Saya sebagai anakanda tetap akan cuba menjaga lidah dan tutur kata apabila bercakap tentang Tun Mahathir.

“Saya membesar era beliau. Beliaulah Perdana Menteri pertama yang saya kenali. Dari lahir sehingga tamat sekolah, dialah PM.

“Meskipun ada dasar dan pendekatan yang saya kurang bersetuju termasuk sewaktu 22 tahun beliau sebagai perdana menteri, saya tak nafikan beliau ada jasa kepada negara ini.

“Baik buruk, pasang surut, beliau antara PM yang paling meninggalkan kesan kepada Malaysia. Saya tak akan nafikan itu.”

BENDERA UMNO

Tetapi, kata Shahril Hamdan lagi, ini tidak bermaksud Tun Mahathir boleh cuba bubar kemudian mencemuh parti UMNO sesedap rasa tanpa kami membalas.

“Saya faham Tun Mahathir terkenal dengan lidah tajamnya baik di pentas tempatan atau antarabangsa.

“Tetapi harapan saya, selepas ini simpanlah sedikit kekasaran itu supaya tidak ditujukan sepenuhnya kepada institusi yang mana Tun Mahathir sendiri pernah menjadi pemimpin dan ahlinya walaupun keluar masuk keluar masuk.

“Mungkin di sebalik kejayaan hidup Tun Mahathir, ada juga saham dari institusi ini yang menyumbang,” bidas Shahril lagi.

Jika Tun Mahathir merasakan UMNO tetap “jahat” dan perlu ditewaskan, Tun Mahathir bersainglah dalam gelanggang PRU nanti, tebak Shahril.

“Berilah pilihan kepada rakyat. Itu hak Tun. Sepertimana hak kami untuk menawarkan diri sebagai parti yang menjanjikan kesetiaan dan kestabilan.

“Tidak perlulah sampai mengata seolah-olah semua kami yang jadi ahli UMNO ini hodoh, bodoh atau kotor.

“Era “My Way or the Highway” mungkin relevan pada era 1980an dan 1990an. Zaman sudah beredar…,” kata Shahril Hamdan. – SM

(Visited 108 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button