Politik

Muhyiddin tumpu kepada kes mahkamah daripada desak saya letak jawatan-Anwar

PERDANA Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi tumpuan kepada kes mahkamah dihadapinya daripada mendesak beliau meletak jawatan.

Anwar berkata, sokongan diterimanya daripada Ahli Parlimen masih kekal majoriti dua pertiga untuk menerajui Putrajaya.

“Kita kekal kemenangan, masih dapat dua pertiga Ahli Parlimen, dia (Muhyiddin) buat perkiraan apa, saya nasihatkan dia tumpu kes mahkamah,” katanya.

Perdana Menteri Anwar berkata demikian usai Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin Madani serta Pusat Penjaja Madani di Jalan Tasik Selatan 2A Desa Tasik.

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, Anwar perlu meletak jawatan sebagai perdana menteri susulan referendum rakyat hasil keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri yang majoritinya dikuasai gabungan itu.

Desakan sama turut dibuat ke atasTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Untuk rekod, Muhyiddin berhadapan dengan tiga lagi pertuduhan kes iaitu mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Bagaimanapun, menurut Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, mereka yakin tuduhan AMLA itu tidak akan kekal kerana bersifat predikat.  – SM

BACA Muhyiddin bebas 4 kes salah guna kuasa libat suapan RM232.5 juta

(Visited 54 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button