Politik

Saya sedia jadi ‘punching bag’ – Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau bersedia menjadi ‘pancing bag’ kepada pihak lawan sepanjang kempen pilihan raya negeri Johor yang berakhir hari ini.

Bekas perdana menteri itu berkata, pihak lawan sepatutnya belajar daripada kesilapan mereka menggunakan taktik menyerang beliau pada pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Melaka tempoh hari.

Menurut Najib, para pengundi tidak gemar dengan cara kempen yang dimainkan oleh parti-parti lain yang menyerang beliau secara peribadi.

Najib bagaimanapun tidak menganggap kemenangan itu ada milik peribadi, tetapi adalah hasil usaha keras semua pihak khususnya jentera Barisan Nasional (BN).

Setakat ini keputusan tidak rasmi BN telah memenangi lebih 40 kerusi dewan undangan negeri dan memperolehi majoriti dua pertiga bagi membentuk kerajaan yang kukuh, selepas dewan dibubarkan tempoh hari.

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button