Luar Negara

Indah khabar daripada rupa, Menara Eiffel banyak perlu diperbaiki

SESIAPA sahaja yang pergi ke luar negara khususnya di Perancis pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk merakam gambar bersama Menara Eiffel sebagai kenang-kenangan.

Disebabkan Menara Eiffel merupakan tapak pelancongan yang terkenal dan terletak di bandar Paris, lokasi tersebut menerima kira-kira enam juta pelawat setiap tahun.

Namun menurut Perancis Marriane, majalah tersebut memberi pandangan bahawa Menara Eiffel perlu diperbaiki kerana menara tersebut dilihat dalam keadaan daif serta penuh dengan karat.

Dalam masa sama, terdapat juga cadangan supaya kerja-kerja mengecat semula Menara Eiffel perlu disegerakan berikutan bakal menjelangnya Sukan Olimpik 2021 di Paris akan datang.

Walau bagaimanapun, syarikat yang menyelia menara itu, Societe d’Exploitation de la Tour Eiffel (SETE), dikatakan tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan ulasan terperinci.


Kira-kira 30 peratus kerja-kerja baik pulih menara itu sepatutnya telah selesai kerana hanya perlu menggunakan dua lapisan cat baharu namun disebabkan Covid-19, kelewatan penyelenggaraan berlaku.

SETE juga dikatakan enggan menutup Menara Eiffel itu untuk masa yang lama kerana bimbang pendapatan mereka akan berkurangan akibat bilangan pelancong yang mungkin berkurangan.

Menara Eiffel adalah sebuah menara besi setinggi 324 meter (1,063 kaki) yang dibina oleh Gustava Eiffel pada akhir abad ke-19 dan menjadi lokasi paling ramai dituju sepanjang tahun!

(Visited 42 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button