Luar Negara

Roket pejuang Palestin sampai ke utara Israel

Lebih dari 1,200 roket telah ditembakkan ke Israel sejak pertempuran bermula pada hari Isnin.

Media Israel, The Jerusalem Post melaporkan, roket yang dilancarkan oleh pejuang Palestin sampai hingga ke utara negara haram tersebut.

Seorang budak lelaki berusia lima tahun terbunuh selepas salah satu roket terkena bangunan pangsapuri keluarganya di Sderot.

Jumlah kematian di pihak Israel turut meningkat dengan laporan menyebut beberapa anggota tentera Israel tewas diserang oleh pejuang Hamas.

Seorang askar IDF terbunuh oleh peluru berpandu anti-tank pada awal pagi Rabu.

Satu roket dilaporkan secara langsung megenai kawasan Rishon Lezion dan sebuah bangunan di Tel Aviv, tetapi tidak ada kecederaan yang dilaporkan pada masa ini.

Dua orang dilaporkan cedera dalam serangan di Samaria pada Rabu malam.

Tentera Israel mengarahkan hanya sepuluh orang diizinkan di kawasan terbuka di komuniti sempadan Gaza, Negev Barat, wilayah Shfela, Sharon dan Yarkon bermula hari Rabu pukul 6:00 petang sehingga Jumaat pukul 2 petang

Di seluruh negara, perjumpaan akan dibenarkan sesuai dengan arahan pemerintah.

Kabinet keselamatan Israel pada Rabu malam meluluskan cadangan Ketua Staf IDF, Letnan Jeneral. Aviv Kohavi untuk meningkatkan serangan udara balas ke Gaza.

Menteri Pertahanan Benny Gantz memberi taklimat kepada anggota Knesset ketika Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menyatakan bahawa Israel tidak akan menerima gencatan senjata dengan Hamas dan Jihad Islam Palestin.-SM

(Visited 731 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button