Rencah Hidup

Gulai rebung menu enak Bufet Ramadan Hotel Seri Malaysia Perlis

GULAI rebung sajian digemari rakyat negeri Perlis. Walaupun size negeri ini kecil dan comel namun memang jaranglah orang Perlis tak suka makan gulai rebung bahkan ia menjadi menu wajib dalam majlis-majlis kenduri di sini.

Sempena kedatangan Ramadan Al-Mubarak, gulai rebung menjadi salah satu menu yang dapat dinikmati jika berbuka puasa di Hotel Seri Malaysia (HSM), Kangar.

ASMAIZA AHMAD (dua dari kiri) melancarkan Bufet Ramadan Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis, sambil diperhatikan Zahriah Abd Kadir (kanan).

Pengurus Besar HSM Kangar, Datuk Zahriah Abd Kadir berkata, sajian masakan rebung ini seiring dengan tema bufet Ramadan kali ini iaitu “Selera Tradisional Kotemporari”.

“Sebenarnya banyak lagi makanan istimewa negeri ini yang disediakan pada bufet Ramadan kali ini dan insya-Allah ia menepati selera kita semua,” katanya.

Beliau berkata, Bufet Ramadan HSM menawar harga istimewa iaitu RM52 seorang untuk dewasa mulai 4 hingga 9 April depan.

Bagaimanapun katanya, selepas tarikh itu harga berbeza iaitu RM55 (dewasa), kanak-kanak (RM25) dan warga emas (RM45) sehingga 1 Mei.

ZAHRIAH ABD KADIR (kiri) menunjukkan sebahagian makanan yang disediakan pada Bufet Ramadan tahun ini kepada Asmaiza Ahmad.

Sementara itu pelancaran Bufet Ramadan HSM disempurnakan oleh Exco Pelancongan Negeri, Asmaiza Ahmad.

Beliau berkata, pelancong dari luar negeri akan berpeluang untuk menikmati makanan tradisional Perlis menerusi bufet yang disediakan.

Katanya, usaha HSM ini sekali gus dapat memperkenalkan makanan  yang digemari rakyat Perlis khususnya gulai rebung. – SM

(Visited 522 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button