NasionalNegeriRencah Hidup

Pengguna ada pilihan bekalan bawang dari beberapa negara

SEKATAN pengeksport terbesar bawang merah, India ke negara sehingga Mac ini sebenarnya telah membuka peluang kepada pengguna untuk membuat lebih banyak pilihan.

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis, Norazah Jaapar berkata, ini kerana sebelum ini pengguna lebih tertumpu kepada penggunaan bawang merah India.

Norazah Jaapar menunjukkan carta 11 jenis barangan terpilih SHMMP Tahun Baru Cina semasa Walkabout di Pasar raya CMart di Arau, hari ini.

Beliau berkata, ia sebagai alternatif bagi memberi pilihan kepada pengguna untuk mencuba bawang merah dari negara lain pula.

Beliau berkata, sehingga kini bekalan bawang merah ini mencukupi yang diimport dari Pakistan, Vietnam dan China.

“Satu kelebihan lagi, pengguna juga boleh memilih dari segi harga mengikut kemampuan masing-masing,” katanya pada sidang media selepas Walkabout Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina di Pasar raya CMart di Kompleks Tok Arau, Arau hari ini.

Norazah berkata, sebanyak tujuh pemborong dan 287 peruncit telah diperiksa pada hari pertama hingga ke tiga skim ini berlangsung.

“Hasil pemeriksaan mendapati peniaga mematuhi harga maksimum yang telah ditetapkan, menggunakan penandaan harga berwarna merah jambu pada kesemua barangan harga terkawal,” katanya.

Norazah berkata, pihaknya juga melaksanakan advokasi secara berterusan kepada peniaga supaya sentiasa patuh undang-undang.

Beliau berkata, sepanjang tahun 2023 sehingga 8 Februari lalu sebanyak 323 kes (2023) dan 63 kes (2024) dihasilkan.

Norazah Jaapar bersama anggotanya semasa Walkabout SHMMP Tahun Baru Cina di Pasar raya CMart di Arau, hari ini.

Katanya, ia melibatkan kutipan kompaun berjumlah RM162,300 (2023) dan RM8,500 (2024).

Tambahnya, sebanyak 1, 402 pemeriksaan dilaksanakan dari 1 Januari hingga 8 Februari lalu. – SM

(Visited 108 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button