Rencah Hidup

Air radioaktif dan pencemaran bahan radioaktif yang patut dihalang masuk ke negara kita

GEMPA bumi dan tsunami Tohoku 2011 menyebabkan kebocoran bahan radioaktif di loji nuklear Fukushima I, sejumlah besar air laut digunakan untuk menyejukkan rod tenaga yang terlalu panas, menyebabkannya dicemari bahan radioaktif.

Sejauh ini, sekitar 1.32 juta tan air radioaktif disimpan dalam tangki, yang sekarang berjumlah sekitar 1,000 dan menutupi sebahagian besar Loji Kuasa Nuklear Fukushima.  Malangnya kerajaan Jepun telah memutuskan untuk tangani masalah air radioaktif dengan cara yang paling murah dan tidak bertanggung jawab.

Pelepasan air radioaktif dari loji nuklear Fukushima ke laut bermula pada 24 Ogos tahun ini, umum Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, proses ini perlu mengambil masa selama 30 tahun.

Kerajaan Jepun memberi jaminan bahawa air radioaktif yang telah dirawat dengan sistem pemprosesan cecair canggih (ALPS) adalah selamat, namun Pelapor Khas PBB mengenai Hak Asasi Manusia dan Persekitaran pada tahun 2021 menunjukkan bahawa unsur radioaktif dalam air terawat ALPS masih melebihi paras bahaya. Sementara itu, teknologi APLS tidak dapat mengeluarkan Tritium dan Karbon-14 dari air radiokatif.

Selain itu, menurut laporan majalah Science Amerika Syarikat pada 13 April 2021, Tokyo Electric Power Company (TEPCO) pada tahun 2018 mengesahkan bahawa teknologi APLS kadang-kadang gagal mengeluarkan unsur radioaktif lebih bahaya seperti Ruthenium, Kobalt, Strontium dan Plutonium.

Tambahan pula, data pemantauan radioaktif yang dikeluarkan oleh TEPCO juga menunjukkan bahawa Strontium-90 dalam air terawat ALPS banyak kali melebihi paras selamat.

Unsur radioaktif seperti Tritium, Karbon-14 dan Strontium-90 dapat menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan kepada kesihatan tubuh badan. Contohnya, Strontium-90 mudah dimasukkan ke dalam tulang dan gigi, Karbon-14 mencapai separuh hayat iaitu 5730 tahun dan dapat menyebabkan kerosakan DNA. Kedua-dua unsur radioaktif ini dapat menyebabkan kanser.

Seperti yang sedia maklum, Malaysia memiliki garis pantai panjang dan perairan luas. Selepas Jepun membuang air radioaktif Fukushima ke laut, unsur radioaktif didalamnya akan bergerak ke perairan negara kita melalui arus laut dan seterusnya mencemarkan persekitaran perairan.

Oleh itu, ramai orang telah bimbang bahawa makanan laut tidak akan bisa selamat kerana dicemari radioaktif.

Kerajaan telah bertindak untuk menangani kebimbangan rakyat.

Setakat ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengarahkan agensinya termasuk Jabatan Tenaga Atom melihat kesan selanjutnya berhubung pelepasan air radioaktif dirawat dari loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik.

Menterinya, Chang Lih Kang mengumumkan bahawa kerajaan akan memasang empat lagi peralatan Stesen Pemantauan Air Spektrum Gamma (GSWMS) di Pulau Langkawi (Kedah), Johor, Pahang dan Sandakan (Sabah) untuk memantau tahap radioaktif dalam laut.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang memantau bekalan makanan yang diimport dari Jepun. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan juga menerusi kenyataan memaklumkan akan mengenakan pemeriksaan Tahap 4 (Pengawasan) di pintu masuk negara terhadap produk makanan berisiko tinggi yang diimport dari Jepun untuk analisis kandungan bahan radioaktif.

Selain itu, ada langkah lain yang lebih baik masih belum diambil oleh kerajaan.

Jika perlu, kerajaan boleh melaksanakan pendekatan ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’ iaitu menapis dengan lebih ketat kemasukan produk dari Jepun terutama makanan berasaskan kehidupan marin bagi menghalang pencemaran bahan radioaktif masuk ke negara ini.

(Visited 122 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button