NasionalRencah Hidup

Vaksin Covid-19: Selepas Joe Biden, Muhyiddin

Mahu membuktikan vaksin selamat disuntik

DUA tiga hari lepas, Australia dikhabarkan membatalkan tempahan vaksin Covid-19 kerana ia masih belum diuji sebenar-benarnya untuk disuntik ke tubuh manusia.

Sebelum ini, dalam perkongsian peribadi aplikasi WhasApp, rakaman video seorang jururawat wanita di negara Barat disuntik dengan kononnya, vaksin Covid-19.

Rakaman dibuat di hadapan tiga wakil media yang mana, selepas beberapa minit (belas minit juga), jururawat wanita berkenaan memegang bahagian dahinya.

Dia kelihatan pening. Beberapa saat kemudian, jururawat wanita itu tumbang di hadapan tiga wakil media yang sedang merakamkan insiden itu.

Jururawat wanita itu khabarnya meninggal dunia dan rakaman dihentikan. Sama ada perkongsian video itu sahih atau tidak, wallahhualam.

Ya, Presiden Amerika yang baharu ini amat berani dan mahu membuktikan kepada seluruh rakyat Amerika, HE IS THE CAPTEN AMERICA kerana membenarkan dirinya disuntik dengan vaksin Covid-19.

Joe Biden mahu menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat Amerika bahawa vaksin yang dibangunkan, dicipta, dihasilkan oleh Amerika itu selamat digunakan.

Amalan adab mat salleh, ‘LADIES FIRST’ memangnya dipraktikkan oleh Joe Biden apabila Wanita Pertama Amerika, Jill disuntik dahulu sebelum suaminya, dengan vaksin Covid-19.

Semestinya suntikan Tuan Presiden Amerika itu dilakukan di salah sebuah hospital di Newark, Delaware, Manhattan.

Jika berlaku sebarang komplikasi selepas suntikan itu, segala peralatan dan seramai doktor sudah bersiap sedia untuk bertindak.

Hari ini, Malaysia juga bakal menyaksikan perkara yang sama apabila Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman, beliau akan menjadi antara individu pertama, disuntik dengan vaksin Covid-19.

Vaksin itu yang akan tiba di Malaysia sekitar Februari tahun depan, seperti kata Datuk Seri Azmin Ali, adalah vaksin kumpulan pertama yang akan diberikan secara percuma.

Semestinya penerima suntikan vaksin itu, prioritasnya adalah kepada kakitangan barisan hadapan ataupun frontliners yang selama ini, bertugas bertungkus lumus membantu rakyat negara ini yang positif Covid-19.

Macam boleh dibaca-baca, tindakan Muhyiddin adalah untuk menjadi antara individu pertama disuntik vaksin ini adalah bagi menyakinkan rakyat bahawa vaksin yang diperoleh negara dengan harga berbilion ringgit dibayar, adalah selamat dan berkesan.

Jaminan atas pertaruhan nyawa Muhyiddin, dan apakah Puan Sri Norainee juga akan menurut jejak langkah Wanita Pertama Amerika, disuntik terlebih dahulu sebelum suami disuntik dengan vaksin Covid-19?

Selain Muhyiddin,apakah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin juga akan sama-sama Perdana Menteri, menjadi antara individu pertama yang disuntik dengan vaksin Covid-19?

Untuk meyakinkan rakyat, bukan sahaja Perdana Menteri dan Menteri Kabinet tampil secara sukarela untuk disuntik dengan vaksin Covid-19 kelak.

RUKUN NEGARABagaimana pula dengan pihak pembangkang? Apakah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Hannah Yeoh, Gobind Singh dan ramai lagi (sekadar contoh..beri nama) akan tampil meyakinkan rakyat Malaysia bahawa vaksin yang ditempah (order) itu selamat digunakan.

Memanglah golongan warga emas dan mereka yang positif Covid-19 akan menerima suntikan tetapi apa pula peranan barisan pembangkang di Malaysia untuk membuktikan bahawa vaksin ini, tidak dipolitikkan tetapi selamat untuk rakyat negara ini.

Pengamal perubatan Islam mungkin boleh melihat semula kandungan di dalam Al-Quran…penawar yang ada di dalamnya untuk umat dunia. – SM

(Visited 396 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button