Hiburan

Sejak jadi ibu… Katy Perry bagi tips rehat dan tidur secukupnya

PENYANYI popular Katy Perry memberitahu umum, sejak beliau menjadi seorang ibu, sukar baginya untuk mendapatkan waktu tidur tanpa gangguan daripada anak perempuannya, Daisy Dove.

Pengalaman baharu dalam kehidupannya, Perry berkata, walaupun anak adalah satu anugerah Tuhan tetapi cabaran yang paling getir bagi dirinya ialah apabila kurangnya waktu tidur.

Jika selama ini, sebelum kehadiran Daisy, Perry mengakui beliau boleh tidur enam jam sehari tetapi sejak melahirkan bayi sulungnya itu, dia tidak boleh mendapatkan semula waktu tidur lazimnya itu.

Bukan sahaja waktu tidurnya berkurangan, Perry juga mengakui beliau tidak mendapat rehat yang secukupnya.

Sebagai usaha untuk mendapatkan rehat secukupnya, Perry, 36, menjalani meditasi transendental (TM) yang akhirnya mampu membantunya mendapatkan waktu rehat di siang hari dan tidur yang lena.

“Banyak cara meditasi yang telah membantu. Meditasi yang sedang saya lakukan sekarang ini nampaknya mampu memberi waktu rehat yang selama ini diidamkan,” katanya.

Sebagai ibu baharu, Perry berkongsi perkara yang dilakukannya untuk mendapatkan rehat dan tidur yang cukup.

  1. Berbaring, luruskan kaki tidak semestinya lena

Jangan stres jika tidak boleh tidur. Luruskan kaki dan bersantailah di sofa serta jangan memegang telefon. Hanya berbaring selama setengah jam juga boleh merehatkan.

  1. Minta bantuan atau pertolongan suami

Minta bantuan suami atau ahli keluarga untuk membantumu di malam hari. Kamu juga boleh memerah susu di siang hari dan menyimpannya untuk diberikan kepada bayi pada malam hari.

Jika bayi diberi susu formula, ini lebih mudah lagi untuk menyerahkan tugas membuatkan susu pada suami atau anggota keluarga lain.

  1. Dekatkan bayi

Letak katil bayi di sebelah katil anda. Ini akan mudah untuk menguruskan bayi tanpa perlu bangun dari katilmu. Dengan ini, kamu akan mendapatkan waktu rehat yang lebih banyak.

  1. Jauhi perkara yang membuatkan sukar tidur

Jangan buka televisyen, komputer atau telefon bimbit semasa sedang berbaring. Cahaya dari alat peranti dan televisyen ini boleh membuatkan kamu terjaga. Kamu hanya perlu waktu sepi seketika dan lelapkan mata.

  1. Pilih-pilih tetamu

Kunjungan tetamu juga boleh membuatkan ibu-ibu kurang tidur. Untuk itu, kamu harus memilih tetamu yang datang. Apatah lagi, di waktu pandemik ini, kamu perlu sangat berhati-hati. – SM

(Visited 364 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button