Rencah Hidup

Lima beradik yatim piatu, Ibu meninggal setelah dua bulan bertarung nyawa

Zuriana Hassan dan suami dilanggar pemandu mabuk

LIMA beradik, Nur Afni Nirwana, 16,  akan menggalas tanggungjawab menjaga adik-adiknya iaitu Nur Qistina Nadira, 14, Nur Erna Nabila, 12, Nur Qurratul Ain, 7,  dan Muhammad Khairi Zafran, setahun 9 bulan selepas ibu mereka, Zuriana Hassan meninggal dunia awal pagi semalam.

Sebagai anak sulung, Nur Afni Nirwana akan berpegang kepada pesanan arwah ibu mereka sebelum ini agar menjaga adik-adiknya.

Nur Afni Nirwana juga berharap pemandu yang merempuh motosikal ditunggang arwah bapa dan arwah ibunya tidak dibiarkan begitu saja sebaliknya diberi hukuman setimpal.

“Saya berharap yang melanggar ayah dan ibu kami, di hukuman setimpal. Jangan biar begitu saja,” kata Nur Afni.

Jenazah Zuriana dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bagan Jermal, Butterworth.

Kini, lima beradik itu menjadi anak yatim piatu setelah hampir dua bulan ibu mereka Zuriana yang berusia 36 tahun, bertarung nyawa.

Zuriana dan suaminya menjadi mangsa rempuhan pemandu mabuk di  Prai, Pulau Pinang pada 9 Februari lalu.

Zuriana menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1 pagi selepas koma hampir dua bulan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Seberang Jaya (HSJ), Butterworth.

Sebelum ini, suami Zuriana, Khairizul Mohamad Noor, 39, maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh pemandu kereta dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol di susur keluar Prai.

BACA

Walaupun dibelengu kesedihan namun keluarga Zuriana terutama anak-anak mangsa reda dengan pemergian ibu mereka.

Bapa mangsa, Hassan Ismail, 67, ketika ditemui wartawan ASTRO Awani di Jalan Mohd. Saad, Butterworth berkata, sebelum ini dia diberitahu oleh doktor bahawa anaknya itu mungkin tiada harapan sembuh berikutan kecederaan parah yang dialami termasuk di bahagian kepala.

Susulan itu, dia sering berpesan kepada cucu-cucunya iaitu anak-anak arwah agar reda dengan apa saja kemungkinan  yang akan berlaku.

“Saya sudah beritahu pada mereka kalau jadi apa-apa pada mama (Zuriana), mereka kena reda sebab doktor sudah maklumkan, seolah-olah harapan itu tipis.

“Banyak kali juga saya beritahu cucu-cucu supaya reda cuma yang bongsu  tidak faham lagi kerana dia kecil lagi,” kata Hassan. Sumber: ASTRO Awani-SM

(Visited 220 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button