Nasional

Pesakit Covid-19 sembuh catat bilangan tertinggi 236 kes, kes baharu 131

SITUASI COVID-19 di negara ini menunjukkan perkembangan baik apabila jumlah pesakit yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj dari wad hari ini mencatatkan jumlah kes pulih harian yang tertinggi iaitu 236 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pesakit telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan telah discaj dari wad adalah 1,241 kes.

“Jumlah ini adalah 32.72 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan (KKM), di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sehingga 12 tengah hari ini, terdapat 131 kes baharu yang telah dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 3,793 kes. – BERNAMA

(Visited 113 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button