Rencah Hidup

Profesor Universiti Ohio dakwa ada makhluk menyerupai serangga di Marikh

AGENSI Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) bersedia untuk menghantar kenderaan dikenali sebagai rover ke planet Marikh untuk mencari tanda-tanda kehidupan di sana, tetapi Profesor dari Universiti Ohio percaya sudah terdapat bukti ada makhluk hidup di planet merah itu.

Dr. Emeritus William Rosomer telah menghabiskan masa bertahun-tahun mengkaji gambar-gambar planet Marikh daripada NASA dan mendakwa menemui beberapa contoh bentuk menyerupai serangga.

Beliau mendakwa imej itu menampakkan kerangka dan satu bahagian badan lain yang bersambung dengan makhluk hidup ini, yang dikatakan sebagai bukti cukup untuk mengenal pasti organisme seakan-akan serangga itu.

“Memang ada dan terdapat kehidupan di Marikh,” kata Romoser yang pakar dalam bidang arbovirologi atau penyebaran virus oleh serangga.

Katanya, imej itu didapati dalam kedua-dua bentuk iaitu fosil dan juga makhluk hidup.

Beliau menggunakan pangkalan data daripada makmal NASA berdasarkan imej asal dan digabungkan dengan imej-imej lain yang telah dikumpulkan selama bertahun-tahun daripada misi yang berbeza-beza di Marikh – kebanyakannya dihasilkan oleh rover Curiosity.

Romoser menerangkan, bahawa beliau menyiasat persekitaran yang dramatik, simetri badan, bahagian-bahagian badan, bentuk berulang, rangka yang tinggal dan pemerhatian terhadap bentuk yang berdekatan antara satu sama lain.

Beliau juga melihat bentuk badan, bukti pergerakan dan mata yang bersinar yang diambil yang selari dengan kehadiran benda hidup.

“Apabila imej yang jelas dikenal pasti dan diterangkan, ia berguna dalam membantu mengiktiraf yang lain yang tidak berapa jelas tetapi tidak ada imej yang kurang berasas,” kara Romoser.

“Tiga bahagian badan, sepasang sesungut, dan enam kaki secara tradisionalnya jika di Bumi cukup untuk mengenal pasti itu ada;ah identiti serangga.

“Perwatakan ini sama juga maka ada asas untuk mengenal pasti organisme seperti serangga di Marikh. Bentuk seperti serangga ini boleh dilihat daripada gambar-gambar yang dihantar oleh rover,” katanya. – DAILY MAIL

(Visited 187 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button