Rencah HidupRencana

Genap 2 tahun meninggal, keadilan untuk Adib belum ditegakkan

HARI ini genap dua tahun kematian tragis anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Muhammad Adib Mohd Kassim selepas 21 hari bertarung nyawa akibat cedera parah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27 September 2019 telahpun memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali dalam rusuhan tersebut.

Bagaimanapun keputusan yang telahpun dibuat hampir setahun lalu itu tidak mendatangkan apa-apa perubahan kerana pelaku dan pembunuh Muhammad Adib masih tidak ditangkap dan dihukum.

Keadilan terhadap kematian petugasa awam yang tragis dan memilukan sehingga terlantar selama 21 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir  masih tidak ditegakkan.

Dari zaman Pakatan Harapan memerintah hinggalah selepas hampir sepuluh bulan kerajaan baharu Perikatan Nasional mengambil alih pentadbiran,  masih tidak terdapat sebarangan bayangan bahawa pelaku kejam dalam rusuhan itu akan ditangkap dan didakwa.


Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan walaupun siasatan telah dilakukan namun ia tidak memberi sebarang hasil yang memuaskan

“Mahkamah Koroner sudah membuat keputusan mengenainya. Hari ini ulang tahun kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

“Namun kita seolah-olah tak ke mana dengan siasatan kes tersebut. Pada bulan September 2019, mahkamah Koroner memutuskan kematian Adib berpunca daripada tindakan jenayah lebih seorang individu tidak dikenali.

“Tapi beberapa hari lepas pula, kerajaan PN kata punca kematian Adib akan diketahui tak lama lagi. Adakah ini bermaksud keputusan inkues mahkamah koroner adalah salah?” tanya Najin.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat pada 14 Disember lalu berkata, hasil siasatan terhadap penyebab kematian Muhammad Adib akan dimaklumkan tidak lama lagi.

Katanya, siasatan polis kini di peringkat akhir dan hasil siasatan akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

Pada 27 September 2019, Koroner Rofiah Mohamad memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Sepanjang prosiding inkues bermula Februari 2019, seramai 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar dan Mohd Kassim turut dipanggil memberi keterangan dengan 137 bahan bukti dikemukakan.

Tertegakkah keadilan nyawa seorang seorang petugas awam ketika dia bertugas demi nyawa orang lain, harta benda awam dan untuk negara?

Mampukan Kerajaan Perikatan Nasional membela kematian Muhammad Adib dengan mengenalpasti pembunuhnya selepas Pakatan Harapan dilihat gagal melakukannya?-SM

(Visited 311 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button