Politik

Fayhsal seru berita cetuskan ketegangan dengan UMNO diperbetulkan

KETUA Armada Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menafikan tajuk-tajuk berita yang telah menimbulkan ketegangan dengan UMNO.

Beliau menyeru agar laporan berita yang disifatkan sebagai nakal dapat diperbetulkan dengan segera.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, kerjasama antara UMNO, Bersatu dan Pas merupakan satu-satunya jalan demi kepentingan siayah Melayu-Islam.

“Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, rakyat Malaysia berhak tahu fakta yang benar, bukan imaginasi pihak ketiga. Saya seru agar laporan-laporan yang nakal dapat dibetulkan, terutamanya oleh Malay Mail,” katanya.

Menurutnya, apa yang beliau tegaskan adalah pertembungan tiga penjuru antara Bersatu, Pas dan UMNO dalam mana-mana pilihanraya akan merugikan semua pihak.

Beliau berharap UMNO dapat duduk semeja untuk teruskan kerjasama dengan Perikatan Nasional.

Wan Ahmad Fayhsal sekali lagi mengulangi bahawa secara realiti hari ini tidak ada satu pun parti politik yang dominan.

“Mana-mana pihak yang ingin mencapai majoriti dalam pilihanraya perlulah bergerak bersama,” kata beliau.

Wan Ahmad Faysal menjadi perhatian selepas portal berita Malay Mail dengan tajuk ‘Umno’s time is over, says Bersatu Youth chief’ melaporkan beliau berkata, masa untuk UMNO telah berlalu.

Portal itu memetik berita Utusan Malaysia, yang mengingatkan UMNO supaya akur bukan lagi menjadi kuasa besar dalam politik negara.

Utusan pula memberi tajuk ‘Kalau tak kerjasama, kita semua rugi – Wan Ahmad Fahysal’.

Wan Ahmad Faysal berkata, situasi politik pada masa kini menuntut semua parti bekerjasama memastikan agenda politik parti masing-masing dapat dijayakan.

“Sekiranya tidak bekerjasama, kita semua rugi dan berkemungkinan kalah nanti.

“Bersatu masih mengharapkan UMNO bersama Perikatan Nasional (PN) supaya pertembungan tiga penjuru dapat dielakkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke tiga fasiliti sukan di sekitar Shah Alam semalam.-SM

 

(Visited 246 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button