Politik

Jangan tanya hari-hari bila Tun M nak serah jawatan – Rais

TAN SRI Rais Yatim mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terlalu gelojoh untuk menjadi perdana menteri dengan setiap hari menempelak Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya menyerahkan jawatannya.

Rais berkata, perkara yang terpenting kini adalah menunaikan janji-jani pilihan raya lalu iaitu bagaimana perut rakyat diutamakan.

Menurut Rais, kadar tol perlu diolah kembali supaya ia munasabah dan seterusnya dihapuskan kerana rakyat terpaksa bayar cukai jalan berbilion ringgit dan pada masa sama kadar tol terus tinggi.

Rais dalam hantaran ke facebook milik beliau berkata, rakyat juga perlu dibimbing agar hidup mengikut lunas undang-undang dan tidak meminggirkan Rukunegara.

“Beri Tun M ruangnya dan haknya. Jangan hari-hari tanya bila nak berhenti, bila nak serah jawatan PM,” katanya.

Beliau juga menasihatkan Anwar supaya menjalankan tugas ahli parlimen dengan baik dan berhenti bersenandung lagu lama.

“Yang sudah-sudahlah. Lagipun Datuk Seri Wan Azizah Ismail ialah orang nombor dua dalam kerajaan. Bantulah Tun M sedaya upaya. Apa-apa berlaku kepada Tun M sehari dua ini konvensyen berkata Wan Azizah sebagai TPM memangku dulu jawatan PM.

“Apa nak dipolemikkan sangat, kalau isteri sudah berada di ambang kuasa, suami tidak payahlah nampak gelojoh.

“Mana pernah berlaku dalam dunia ini, dulu diri sendiri yang pegang jawatan TPM. Kini selama hampir dua tahun isteri tersayang pula menyandang jawatan itu…satu rekod buat Malaysia dan dunia. Tun M pada usia 94 tahun ketua kerajaan paling tua di dunia. Suami isteri wajib bantu beliau dalam kerja kerajaan,” katanya.

(Visited 59 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button