Politik

Rundingan masih diteruskan untuk segera kembalikan mandat rakyat

Kesemua 39 Ahli Parlimen Keadilan dimaklumkan bahawa proses rundingan dan perbincangan dengan semua pihak masih berterusan bagi mengembalikan mandat rakyat ke tempat yang sepatutnya pada kadar segera.

Ketua Whip Keadilan Datuk Johari Abdul menegaskan, rundingan bagi mengembalikan mandat rakyat itu bukan satu pertarungan antara elit politik untuk merebut kuasa.

“Tetapi sebaliknya adalah usaha membawa agenda Reformasi sebenar yang mengutamakan kepedulian rakyat.

“Sebarang peralihan kuasa perlu berlaku sepertimana yang dijanjikan, berjalan dengan tertib dan aman, serta mengikut lunas undang-undang,” kata Ahli Parlimen Sungai Petani dalam satu kenyataan.

Ketika ini hangat di media sosial desas-desus kononnya satu lagi “kejadian besar” dikhabarkan akan berlaku pada Julai.


Sinchew Daily melaporkan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang berusaha untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional dan beliau hanya memerlukan tiga kerusi untuk mencapai hasrat itu.

Laporan itu menyebut, sokongan terhadap Dr. Mahathir telah mencapai 112 yang diperlukan.

Selain 92 kerusi Pakatan Harapan, beliau turut mendapat sokongan lima penyokong daripada Bersatu, Warisan (sembilan), UPKO (satu), selain sokongan Ahli Parlimen Sri Aman dan Selangau di Sarawak serta tambahan tiga orang baharu.-SM

(Visited 50 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button