fbpx
Hiburan

Fasha Sandha puji Mael Totey

BERCAMPUR baur sebenarnya ulasan mengenai filem Mael Totey yang sedang ditayangkan di saluran telesvisyen berbayar Astro First.

Ada yang memberi pujian, tetapi ada juga yang mengecam dengan menganggap filem tersebut belum cukup layak disiarkan di televisyen.

Yang memuji filem tersebut cuba bukan calang-calang orang. Antaranya ialah pembikin filem terkenal, Ghaz Abu Bakar dan Syamsul Yusof.

Terbaharu, pelakon, Fasha Sandha juga memuji filem Mael Totey yang disifatkan sebagai sebuah filem komedi yang cukup menghiburkan.

“Selayakanya mendapat ulasan percuma sebab saya terhibur menonton Mael Totey.


“Siapa yang belum tengok, tengoklah. InsyaAllah boleh buat kita ketawa. Ceritanya sempoi sahaja, siapa yang faham dialek Kelantan, mesti akan gelak,” katanya.

Fasha turut memberi pujian kepada kru produksi yang diketuai oleh Syahmi Sazli.

Mael Totey sebelum ini mencatatkan kejayaan yang cukup membanggakan apabila berjaya mengutip sebanyak RM4 juta selama lapan hari ditayangkan. -SM

(Visited 42 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button