Politik

Apa nasib Sanusi?

SELEPAS mengaku tidak bersalah di atas dua tuduhan mengikut Akta Hasutan, masa hadapan Menteri Besar Kedah menjadi persoalan.

Apakah beliau akan dicalonkan pada pilihan raya negeri yang akan berlangsung pada bulan hadapan, kerana jika didapati bersalah beliau terpaksa mengosongkan kerusi yang jika dimenangi.

Apakah beliau akan secara sukarela melepaskan jawatan sebagai Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional dan jawatan menteri besar bagi mengelakkan parti serta pentadbiran negara terheret sama.

Keputusan itu perlu dibuat dengan bijak oleh Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan parti bagi mengelakkan tanggapan negatif kepada beliau serta wadah perjuangan beliau.

Dengan itu juga Sanusi secara rasmi kini telah menjadi sebahagian daripada kluster mahkamah dan apakah beliau bertindak selaku lelaki budiman untuk melepaskan semua jawatan politiknya, untuk menjaga integriti.

Oleh itu rakyat dan pemerhati politik sedang memerhati langkah yang bakal diambil selepas ini.

Bagaimanapun melihatkan kepada kenyataan Sanusi selepas pertuduhan kes beliau, Sanusi menyatakan pihak kerajaan menggunakan pihak berkuasa untuk menghalang pemimpin politik membawa suara rakyat.

Kata Sanusi ia jelas kerajaan yang ada sekarang dalam keadaan ketakutan dan sudah tidak mempunyai idea.,

BACA:

Sanusi mengaku tak bersalah satu pertuduhan menghasut pelantikan MB

(Visited 351 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button