Rencah Hidup

Farahalya bantu buka peluang kepada tukang jahit tempatan

SENGAJA memilih untuk menggunakan khidmat tukang jahit tempatan sebagai cara untuk berkongsi rezeki dalam kesempitan mendapatkan kewangan di musim pandemik Covid-19.

Itu yang dilakukan pengasas jenama baharu Farahalya iaitu Hamizan Puteh yang tampil dengan produk baju jubah yang menutup aurat, sopan dan elegan.

Menurut Hamizan, dia merasa bertanggungjawab untuk membantu tukang jahit tempatan ketika mula-mula mahu tampil dengan produk terbaharunya itu.

“Selain membuka peluang kepada tukang jahit tempatan, saya sebenarnya seorang yang sangat teliti dan cerewet terhadap kemasan dan rekaan jubah saya.

“Disebabkan itu juga saya memilih tukang jahit tempatan supaya saya boleh ada bersama dengan mereka untuk memastikan produk pertama ini dikeluarkan dengan sehabis baik yang mungkin,” katanya.


Dalam pada itu, Hamizan Puteh berkata, idea mengeluarkan pakaian itu adalah berdasarkan dari pengalamannya sendiri yang sukar mendapatkan pakaian yang berfesyen tapi menepati ciri-ciri Muslimah.

“Saya amat minat berfesyen tapi apa yang saya dapati dipasaran agak payah untuk mendapatkan pakaian yang menepati citarasa saya iaitu sopan.

“Jadi saya fikir kenapa tidak saya sendiri yang mengeluarkan jenama pakaian sendiri. Setidaknya saya tahu apa yang dimahukan oleh golongan wanita, ” katanya.

Menariknya, beliau tidak tergopoh-gapah dalam mengeluarkan rekaan sendiri sebaliknya sudah melakukan kajian dalam masa setahun untuk ‘menyelami’ sendiri apa yang sebenarnya dimahukan oleh kebanyakan wanita.

“Alhamdulillah, saya beruntung mendapat pasukan yang banyak membantu sejak awal lagi sehingga terbinanya jenama Farahalya ini dipasaran,” katanya.

Setiap keluaran pakaian Farahalya adalah amat terhad kuantitinya kerana dunia fesyen amat cepat berubah.

Ujarnya, Buat masa ini pihak kami hanya menjalankan perniagaan dalam talian sahaja menggunakan website www.farahalya.com dan juga Instagram @farahalya_hq memandangkan medium ini adalah kaedah yang terbaik pada ketika ini.

Jelasnya, mereka hanya mengeluarkan 1,000 helai sahaja bagi setiap rekaan dan merancang untuk mengeluarkan rekaan yang baru setiap dua atau tiga bulan sekali bergantung kepada permintaan. -SM

(Visited 116 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button