Rencah Hidup

Netizen bantu tambah api gambar Syed Saddiq kacau bubur lambuk

AHLI Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diusik netizen gara-gara berkongsi gambar mengacau bubur lambuk dalam periuk besar yang terletak di atas tungku tanpa api.

Dalam hantarannya di Facebook beliau semalam Syed Saqqid menyatakan bubur lambuk telah siap dan akan diedarkan kepada penduduk di Parlimen Muar.

“6,000 pek bubur lambuk siap diedarkan. 10,000 kad raya dari saya kepada orang Muo. Thank you muorians for giving me the opportunity to serve you,” kata Syed Saddiq.

Bagaimanapun gambar Ketua Armada Bersatu yang memakai baju kurta moden dan pelitup muka sedang mengacau bubur lambuk tanpa api itu mendapat perhatian warganet.

Dalam tempoh lapan jam selepas dikongsi gambar tersebut mendapat lebih 2,000 komen dan 2,000 perkongsian.

Ruang komen turut dibanjiri dengan gambar-gambar tersebut yang diedit dengan meletakkan imej api di bawah periuk tersebut.

Secara kreatif mereka juga meletakkan gambar watak anime popular untuk membantu menghidupkan api.

“Semoga YB sentiasa semangat untuk bergambar dengan api yang marak lepas ni. Selamat hari raya YB. maaf zahir batin,” kata Nabil Harman.

“Semoga dengan bantuan perajurit Konoha dapat membantu YB masak.” tulis Shiro Fee yang menampal gambar watak-watak anime popular Naruto.

“Dah YB,” komen Bazli Mahzuz yang meletakkan gambar Ultarman ‘menembak’ api di bawah periuk yang sedang dikacau oleh Syed Saddiq.

Ramai yang membantu,” kata Deen Akhmad yang meletakkan tiga ekor naga sedang menghembuskan api bagi membantu memasakkan bubur.

“Hangus YB,” kata Bagio yang meletakkan imej api sedang marak di dalam periuk.

“Sudah-sudahlah kutuk YB tuh. Dia tembak dengan laser mata kang naya korang,” nasihat Aliuddin Azmi.

Gambar-gambar yang diedit warganet ternyata mencuit hati Syed Saddiq. Beliau dalam hantaran yang lain memberitahu dia hanya menolong mengaulkan bubur lambuk yang telah masak itu.

“Haa ni orang dah letakkan api.

“Sebenarnya bubur lambuk tu dah siap masak. Saya tolong gaul saja. Selamat Hari Raya!,” kata Syed Saddiq.

(Visited 929 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button