Nasional

Empat lelaki menyamar polis rompak kereta di tepi jalan

SEORANG lelaki berada dalam keadaan cemas selepas menjadi mangsa rompakan empat lelaki yang menyamar sebagai anggota polis.

Difahamkan, kejadian berlaku di tepi jalan berhampiran Plaza Tol Sunway, Subang Jaya pada awal pagi tadi.

Mangsa yang berusia 35 tahun dan bekerja sebagai penolong juruteknik sebelum itu baru keluar rumah untuk bertemu dengan rakannya dan memandu sebuah kereta jenis Subara Forester.

Ketika di USJ 8, mangsa menyedari yang dia telah diekori oleh sebuah kereta jenis Honda HRV berwarna perak dan turut memberikan isyarat menggunakan lampu tinggi.

Kereta mangsa telah dihalang oleh kereta suspek ketika menghampiri Plaza Tol Sunway dan diarahkan untuk berhenti di tepi jalan.

Empat orang lelaki telah telah keluar dari kereta dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, mangsa yang berasa takut mengikut arahan suspek dan seorang daripadanya telah memandu kereta mangsa.

“Pada pukul 11.50 malam semalam, mangsa telah diturunkan di kawasan Perindustrian Bukit Beruntung.

“Mangsa juga telah meminta pertolongan daripada seorang lelaki yang kemudian membawanya ke balai polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abd. Khalid, selain kereta, mangsa turut kehilangan sebuah telefon bimbit, kad bank dan wang tunai dengan jumla keseluruhan kerugian dianggarkan berjumlah RM70,000.

Tambahnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kesemua suspek yang terlibat kini sedang diburu. -SM

(Visited 267 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button