Berita Auto

Mesin penghawa dingin automotif berteknologi baharu dari Speed Car Auto Parts

MENYEDARI mesin dan alat ganti penyaman udara automotif semakin mendapat banyak permintaan di negara tropika ini dari pengusaha industri tempatan, syarikat Speed Car Auto Parts Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan membekalkan alat ganti penyaman udara automotif dengan mengunakan teknologi terkini.

Syarikat yang ditubuhkan sejak tahun 2013 ini sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik buat pengusaha dalam Industri dengan memastikan kelancaran operasi penghawa dingin dan penyelenggaraan berkala amat penting.

Perasmian pembukaan cawagan HQ di Shah Alam

Menurut pengasasnya, Yap Kwee Heng, mula menyedari apabila pelanggan menghadapi masalah dengan mesin pembersih penghawa dingin yang dibeli malahan pihak tersebut tidak memberikan perkhidmatan dan pembaikan serta merta.

Pengasasnya, Yap Kwee Heng

Secara tidak langsung memberikan inspirasi buat dirinya untuk memberikan perkhidmatan selepas pembelian.

‘’Walaupun proses membeli sebuah mesin adalah mudah, tetapi perkara yang selalu membimbangkan pelanggan adalah kekurangan perkhidmatan dan pembaikan yang tepat pada masanya apabila berlaku masalah dengan mesin. Oleh itu, penyediaan perkhidmatan pembaikan mesin adalah amat penting bagi saya’’.

Jelasnya semasa sidang media semalam, semasa pembukaan cawangan utama Speed Car Auto Parts yang terletak di Shah Alam.

Memperkenalkan mesin baharu sistem penghawa dingin

Speed Car Auto Parts Sdn Bhd telah mencapai kedudukan sebagai peneraju pasaran industry dalam tempoh yang singkat disebabkan profesionalisme dan dedikasinya kepada pelanggan.

Pada masa ini juga, Speed Car Auto Parts berjaya menembusi pasaran 8 negara dari Malaysia, Singapura, China, Taiwan, Filipina, Thailand, Brunei dan Indonesia.

Misi mereka juga terus berazam menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan. – SM

Artikle Berkaitan :>

XTS Technologies Tingkatkan Automasi Perindustrian dengan Pelancaran Robot Mudah Alih Pengendalian Case Autonomi Setinggi 11 Meter

Kenderaan Modifikasi, Elektrik, 4×4 dan gaya hidup automotif, semuanya ada di IAM Kuala Lumpur & MIME 2023

(Visited 63 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button