Auto TravelBerita Auto

Tengku Zafrul umum kelulusan bina stesen ECRL Puncak Alam

MENTERI Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan kelulusan untuk membina stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Jajaran Utara.

Tengku Zafrul berkata beliau telah bertemu pengerusi pelbagai persatuan penduduk di Puncak Alam dan mereka telah menyuarakan hasrat rakyat untuk membina stesen ECRL di kawasan itu.

“Justeru, saya meminta pihak yang berkenaan supaya memberi pertimbangan yang teliti terhadap permohonan stesen ECRL ini, dan insya-Allah telah diluluskan dan akan ada stesen ECRL di Puncak Alam,” katanya di “Majlis Kenduri Rakyat Kuala Selangor” di sini pada Ahad lalu (5 Jun).

Beliau berkata bagi pembinaan stesen ECRL lain, pengumuman akan dibuat pada masa yang sesuai.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika menghadiri Majlis Kenduri Rakyat Kuala Selangor. Foto: FB Tengku Zafrul

Tengku Zafrul turut mengumumkan hasratnya untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai daerah angkat Kementerian Kewangan, bagi merealisasikan kemajuan daerah itu sebaik mungkin pada masa hadapan.

“Secara peribadi, saya agak sentimental dengan daerah Kuala Selangor. Banyak potensi tempatan yang boleh dikembangkan dan diketengahkan,” katanya.

Bercakap kepada media, Tengku Zafrul berkata, semua kementerian dan agensi kerajaan akan terus menghulurkan bantuan kepada semua sektor dan bidang ekonomi di negara ini termasuk di Kuala Selangor.

Mengenai program lawatan yang dikatakan kerap dibuat di Kuala Selangor, Tengku Zafrul menjelaskan beliau telah melawat pelbagai kawasan di seluruh negara dan bukan hanya tertumpu di daerah itu sahaja.

“Apabila anda membuat dasar, adalah penting untuk anda memahami situasi di lapangan. Saya pergi ke banyak bahagian di Malaysia dan isu paling penting hari ini ialah memastikan pemulihan ekonomi berterusan,” katanya.

Ditanya sama ada beliau berkemungkinan bertanding di Kuala Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-15, beliau berkata buat masa ini tumpuan diberikan kepada Kementerian Kewangan. – SM

Baca artikel ini > 90 peratus pengurangan guna tanah hutan dalam projek ECRL

(Visited 403 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button