Jenayah

Dua lelaki, seorang wanita ditahan bunuh rakan di Kuala Lumpur

DUA ORANG lelaki dan seorang wanita ditahan kerana disyaki membunuh seorang rakan mereka di Laman Rimbunan Jaya 1, Kuala Lumpur pada selasa lepas kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kejadian pembunuhan ini adalah disebabkan oleh pertengkaran mangsa dan suspek yang masih tidak diketahui puncanya.

Beliau berkata selepas pertengkaran dileraikan mangsa yang merupakan seorang Peladang di Johor Bahru beredar meninggal suspek bersama rakan wanitanya yang merupakan seorang pekerja am dengan menaiki kereta miliknya.

Menyedari mereka diekori, mangsa akhirnya memberhentikan keretanya di tepi jalan raya dan keluar dari kereta sebelum suspek bertindak melanggarnya.

Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4.40 petang akibat kecederaan serius di kepala.

Ketiga-tiga suspek yang berumur 32 hingga 44 tahun disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan direman sehingga 22 Mac 2022.

Tambah beliau dalam satu sidang media khas di Balai Polis Jinjang, pihaknya turut merampas sebuah kereta yang digunakan semasa kejadian itu. – Bernama — SM

(Visited 275 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button