JenayahNasional

Estima dan Vellfire exco Terengganu disimbah cat merah

DUA buah kereta milik exco Terengganu, Satiful Bahari Mamat, telah disimbah cat merah dalam kejadian berlaku pada awal pagi Ahad lalu.

Memetik laporan MalaysiaKini, difahamkan kereta jenis Toyota Estima dan Toyota Vellfire milik exco Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu itu diletakkan dalam kawasan rumah beliau di Kampung Pinang Merah, Dungun, Terengganu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah mengesahkan kejadian itu kepada Malaysiakini.

Katanya, kejadian itu disedari oleh anak beliau kira-kira pukul 1 pagi ketika dia mahu mengambil barang dalam kereta.

“Bagaimanapun motif kejadian masih dalam siasatan,” kata Baharudin sambil menambah tiada rakaman kamera litar tertutup di kawasan kejadian.

Baharudin berkata simbahan cat ke atas kenderaan turut menimpa anak bekas setiausaha Pas Kawasan Dungun pada hari yang sama.

“Selain itu simbahan cat juga dikesan pada bahagian dinding rumahnya. Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat,” katanya. – SM

(Visited 664 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button