Hiburan

Tiada lagi Raja Gelek, M Daud Kilau meninggal dunia

PENYANYI legenda atau lebih dikenali Raja Gelek Malaysia, Datuk M. Daud Kilau menghembuskan nafas terakhir di usia 85 tahun pada pukul 4.46 petang tadi di Hospital Teluk Intan, Perak.

Berita pemergian itu di sampaikan oleh menantunya, Hassan Ahmad, menyatakan bapa mertuanya itu sudah lama menderita dengan pelbagai komplikasi penyakit.

Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau meninggal dunia

“Beliau ada banyak komplikasi penyakit termasuk kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung. Baru-baru ini, beliau dimasukkan ke hospital dan keadaan kesihatan terus merosot sejak itu.

“Sejak tiga hari lalu, keadaannya makin teruk dan mula meracau. Kondisi kencing manis yang dihidapi pula semakin merebak dan kronik,” katanya ketika dihubungi Kosmo sebentar tadi.

Katanya lagi, hari ini allahyarham M.Daud Kilau sepatutnya menjalani pembedahan memotong kaki pada kedua-duanya namun tidak dapat dilakukan kerana mendapati tekanan darah penyanyi itu tidak stabil.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balai Baroh, Badan Datoh, Perak selepas solat Zohor.

Untuk rekod, Muhammad Daud mula menceburkan diri dalam bidang seni selepas menjuarai Bintang Radio Singapura pada 1968.

Bertitik tolak kemenangan itu, penyanyi yang popular dengan lagu Cek Mek Molek itu berpeluang menjadi artis rakaman,menghasilkan pelbagai album berkonsepkan langgam, asli dan dangdut.

Beliau pada 1985 pernah menjuarai kategori asli dalam Pesta Dendang Rakyat. Jasa dan sumbangannya kepada dunia seni tempatan terbalas apabila beliau dikurniakan darjah DatukPaduka Mahkota Perak pada 1991-SM

 

Artikle Berkaitan :>

 

Balaslah jasa M Daud Kilau…

M. Daud Kilau masuk hospital selepas mengadu sesak nafas

(Visited 175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button