Hiburan

Neelofa PU Riz sudah beri keterangan kepada Polis

PASANGAN pengantin baharu popular, Neelofa dan PU Riz sudah memberi keterangan kepada berhubung siasatan pelanggaran prosedur operasi standard majlis pernikahan mereka.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi Assiten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah.

Katanya, pasangan itu tampil memberi keterangan pada petang semalam.

Memetik laporan MStar, Mohamad Zainal berkata, pihak polis juga memerlukan keterangan daripada ahli keluarga pasangan selebriti itu untuk melengkapkan siasatan.

Kertas siasatan katanya, dijangka siap dalam minggu ini selepas keterangan ahli keluarga diambil.

(Visited 635 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button